top of page

English | Bahasa

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

e-Lock Corporation Sdn. Bhd (“kami”) menghormati dan adalah komited kepada perlindungan data peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi (Notis) ini menerangkan bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda.

 

A. Pengumpulan data peribadi. 

Data peribadi di dalam Notis in merujuk kepada maklumat peribadi yang boleh mengenalpastikan identiti anda. Semasa anda berurusan dengan kami, kami mungkin akan meminta anda untuk membekalkan kepada kami dengan data peribadi yang relevan dan yang diperlukan bagi tujuan-tujuan memasuki suatu transaksi dengan anda, untuk menyampaikan atau menyediakan anda dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, dan juga untuk tujuan-tujuan pengiklanan, promosi dan komunikasi. 

Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi mungkin adalah wajib atau secara sukarela. Anda akan dimaklumkan sama ada pengumpulan dan pemprosesan tersebut adalah wajib atau secara sukarela. 

Kami akan mendapatkan kebenaran anda sebelum mengumpul dan memproses data peribadi anda. 

Kami mungkin tidak dapat membekalkan anda dengan bantuan-bantuan, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan sekiranya anda memilih untuk tidak membekalkan kami dengan data peribadi yang relevan dan yang diperlukan. 

Sekiranya anda memilih untuk tidak membekalkan kami dengan data peribadi anda, pengalaman-pengalaman dan penggunaan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami oleh anda mungkin akan dijejaskan. 

 

B. Jenis data peribadi yang dikumpulkan oleh kami 

Data peribadi yang dikumpulkan oleh kami mungkin termasuk (tetapi tidak terhad) yang berikut:

  1. Nama, maklumat-maklumat hubungan, tarikh lahir, dokumen-dokumen sokongan identiti (termasuk NRIC atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa pilihan, alamat, nombor telefon dan/atau nombor telefon bimbit, nombor faks dan alamat emel;

  2. Maklumat-maklumat perbankan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, maklumat di dalam kad kredit anda dan akaun perbankan;

  3. Maklumat-maklumat akaun anda dengan kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada ID pengguna anda dan kata laluan anda;

  4. Maklumat mengenai penggunaan oleh anda produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sejarah penggunaan, dan/atau pertanyaan terdahulu mengenai produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;

  5. Ulasan-ulasan dan pendapat-pendapat anda ke atas produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;

  6. Kepentingan peribadi dan pilihan-pilihan anda yang mana akan membantu kami dalam membuat tawaran-tawaran produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami yang paling sesuai kepada anda;

  7. Maklumat dan pilihan-pilihan pemasaran yang dibekalkan oleh anda semasa anda menyertai dalam kajian, pertandingan, peraduan, cabutan bertuah atau tawaran promosi; dan/atau

  8. Imej-imej CCTV atau visual kamera rakaman yang dikutip melalui penggunaan televisyen litar tertutup dan mana-mana sistem keselamatan lain.

 
C. Bila dan bagaimana kami mengumpul data peribadi anda

Kami mungkin mengumpul data peribadi anda dengan secara langsung apabila anda:

  1. Berkomunikasi dengan kami;

  2. Mengemukakan maklumat anda apabila anda mendaftarkan waranti;

  3. Meminta dan/atau mendaftar minat anda, atau melanggan dengan kami untuk maklumat produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan atau publikasi-publikasi kami (contohnya surat berita)

  4. Mengguna, membeli dan/atau melanggani produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;

  5. Menyertai dalam kajian, pertandingan, peraduan, cabutan bertuah atau tawaran promosi;

  6. Membalas bahan-bahan pemasaran yang dihantar oleh kami;

  7. Memulakan hubungan perniagaan dengan kami (untuk rakan-rakan saluran dan penjual-penjual pihak ketiga);

  8. Melawati pejabat kami; dan/atau

  9. Memberi maklumbalas anda kepada kami (contohnya melalui laman web kami atau secara salinan fizikal).

Kami mungkin juga akan mengumpul data peribadi anda dari pihak-pihak ketiga yang relevan termasuk syarikat-syarikat gabungan kami, penjual rasmi dan rakan-rakan kongsi perniagaan. 

 
D. Tujuan pengumpulan data peribadi

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang berikut termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  1. Untuk membekalkan anda dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;

  2. Untuk membalas permintaan-permintaan anda untuk maklumat;

  3. Untuk memasuki perjanjian dan/atau kontrak berkenaan dengan penjualan dan pembekalan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;

  4. Untuk menjalankan pemasaran, kajian-kajian, aktiviti-aktiviti pemprofilan pelanggan yang berkenaan dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;

  5. Untuk penyimpanan rekod;

  6. Untuk mewujudkan dan menguruskan mana-mana hubungan perniagaan kami dengan anda;

  7. Untuk membalas pertanyaan-pertanyaan dan aduan-aduan dan juga untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian;

  8. Untuk menghantar notis-notis penting seperti komunikasi-komunikasi yang berkenaan dengan pembelian-pembelian, langganan-langganan dan perubahan-perubahan ke atas terma-terma, syarat-syarat dan polisi-polisi; dan

  9. Untuk tujuan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan.

 
E. Cookies

Kami mungkin menggunakan Cookies bagi tujuan meningkatkan dan menambahbaik pengalaman anda di dalam laman web kami. Cookies merupakan fail-fail teks yang diletakkan di dalam pelayar computer anda untuk menyimpan pilihan-pilihan anda. Kami tidak akan memperolehi data peribadi anda melalui penggunaan Cookie sahaja kecuali anda membekalkan kami dengan data peribadi anda. Anda boleh memadamkan fungsi penggunaan Cookie dari komputer anda. Kami mencadangkan supaya kamu memasangkan fungsi Cookie tersebut bagi meningkatkan penggunaan laman web kami oleh anda.  
  
F. Penzahiran dan perkongsian data peribadi anda 

Kami mungkin akan menzahirkan, memindahkan dan/atau berkongsi data peribadi anda (sama ada di dalam atau luar Malaysia) kepada pihak-pihak ketiga yang berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada;
1.    Syarikat-syarikat gabungan kami, rakan-rakan perniagaan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, penjual rasmi kami; dan
2.    Pemproses data pihak-pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan undang-undang, perakaunan, pentadbiran, penyimpanan, telekomunikasi, pembayaran, dan/atau mana-mana perkhidmatan lain yang membantu dan menjalankan fungsi-fungsi perniagaan yang tertentu. 

Kami mungkin juga menzahirkan data peribadi anda sekiranya dikehendaki berbuat demikian di bawa undang-undang atau penzahiran tersebut adalah diperlukan (i) untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan (ii) mematuhi kewajipan/obligasi di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan, (iii) untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak dan harta-harta kami. 

Selain daripada yang tertera di sini, kami tidak membenarkan penjualan atau penzahiran data peribadi yang boleh mengenalpastikan identiti kepada pihak-pihak ketiga. 

 

G. Pengiklanan dan Pemasaran 

Kami mungkin akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menghubungi anda untuk memaklumkan tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang akan datang, acara-acara yang akan datang, promosi-promosi dan mana-mana aktiviti-aktiviti pemasaran dan pengiklanan oleh kami yang berkenaan dengan anda. 

Sekiranya anda tidak ingin menerima sebarang bahan-bahan atau maklumat-maklumat pemasaran, sila kemukakan suatu permohonan kepada kami melalui maklumat hubungan yang disediakan di bawah dalam Bahagian K: Akses, Pembetulan dan Pemadaman.
 
H. Integriti Data Peribadi 

Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah dalam memastikan data peribadi yang dikumpulkan, digunakan atau dizahirkan adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan adalah yang terkini. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan ke atas data peribadi anda atau sekiranya anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami punyai adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan dan tidak terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah-langkah untuk mengemaskinikan data peribadi anda. 
 
I. Sekuriti data peribadi 

Kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk melindungi data peribadi yang disimpan oleh kami daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau penzahiran dengan tanpa izin atau secara tidak sengaja, perubahan atau kemusnahan. 

Langkah-langkah munasabah akan diambil untuk memastikan bahawa pemproses-pemproses data yang dilantik oleh kami akan mematuhi undang-undang privasi data yang terpakai. Penerima data peribadi adalah dilarang sama sekali daripada menggunakan data peribadi tersebut untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan-tujuan yang ditentukan oleh kami. 

Walaupun kami mengambil langkah-langkah untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat menjamin bahawa data peribadi tersebut tidak akan tertakluk kepada gangguan, penyalahgunaan, atau penggodaman dan kami tidak akan bertanggungjawwab ke atas sebarang kehilangan, penyalahgunaan, atau perubahan yang muncul akibat kejadian-kejadian yang tersebut. 

 

J. Penyimpanan data peribadi anda

Data peribadi anda yang dikumpul dan diproses secara selaras dengan Notis ini mungkin akan disimpan untuk satu tempoh yang munasabah, selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai.  

 

K. Akses, Pembetulan dan Pemadaman 

Anda mempunyai hak, yang tertakluk kepada pengecualian-pengecualian di bawah PDPA atau mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai, untuk mengakses dan/atau membuat perubahan kepada data peribadi anda yang dalam pegangan kami. 

Kamu juga boleh meminta pemadaman data peribadi anda dan menyekat sesuatu pemprosesan data peribadi anda. Apabila kami menerima permintaan yang sedemikian, kami akan berhenti untuk memproses dan memadamkan data peribadi anda, kecuali pemprosesan, yang termasuk penyimpanan data sedemikian, adalah diperlukan untuk sebab-sebab yang sah, termasuk untuk mematuhi undang-undang yang terpakai, untuk sebab-sebab lain yang sah di bawah undang-undang atau untuk tujuan-tujuan perniagaan yang sah. 

Mana-mana permintaan untuk akses, perubahan, dan pemadaman haruslah ditujukan secara bertulisan kepada orang hubungan yang tertera di bawah. Permintaan untuk akses ke data peribadi anda mungkin akan tertakluk kepada suatu pembayaran fi, yang selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai. Dalam komunikasi permintaan anda, sila pastikan bahawa nama penuh, alamat, nombor telefon dan mana-mana maklumat berkenaan dibekalkan bagi tujuan memastikan identiti anda. Kami mungkin akan menolak permintaan anda sekiranya maklumat yang dibekalkan tidak mencukupi untuk menentukan identiti anda. 

Semua permintaan akses, pembetulan dan pemadaman seharusnya ditujukan kepada pegawai perlindungan data kami di:
•    Nama: CFO Office
•    Emel: info@elock.com.my
•    Faks: +603-2166 2982
•    Alamat: Business Suite, 19A-26-3, Level 26, UOA Centre, 19 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.


L. Hak untuk membuat aduan

Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak-pihak berkuasa penyeliaan dan/atau suruhanjaya-suruhanjaya perlindungan data dan/atau pejabat-pejabat sekiranya anda rasa kami tidak menangani kebimbangan anda dengan memuaskan. 

 

M. Perubahan kepada Notis ini

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan membuat perubahan ke atas Notis ini dari semasa ke semasa dengan tanpa notis yang terlebih dahulu. Sebarang perubahan ke atas Notis ini akan dipaparkan dalam laman web kami dengan tarikh kuatkuasa. Sebarang perubahan ke atas Notis ini akan berkuatkuasa apabila Notis yang diubah tersebut dimuatnaikkan ke atas laman web kami. 

 

N. Lain-Lain

Notis ini dikawal dan seharusnya ditafsirkan secara selaras dengan undang-undang di Malaysia. Notis ini disediakan dalam bahasa-bahasa Inggeris dan Melayu. Sekiranya terdapat pencanggahan di antara Notis Inggeris dan Notis Melayu, Notis Inggeris harus diamalkan. 

bottom of page